mcmc
Kemudahan Asas

Stesen Minyak Smart Felda Jengka 19

SMART

Pembukaan stesen minyak mini Smart Stream yang terletak di Felda Siantan, Jengka 19 memberi rahmat kepada lebih 22,000 penduduk di lebih lima kawasan FELDA di gugusan ini. Stesen mini yang mempunyai kemudahan seperti kedai serbaneka, mesin ATM, kemudahan ejen bank untuk bayaran bil setempat. Selain itu, ia mempunyai jumlah pam yang mencukupi untuk pengisian bagi petrol, diesel dan pam khas untuk motosikal. Ia juga dilengkapi tandas yang lebih selesa dan surau selain kemudahan untuk membayar bil utiliti. Stesen ini juga adalah stesen yang pertama yang memamparkan perbandingan harga minyak petrol bagi negara-negara ASEAN sebagai informasi untuk pengguna. Stesen mini Smart Stream ini diusahakan oleh Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan Berhad iaitu usahasama dengan Koperasi Felda jengka 19 mempunyai kemudahan-kemduahan lain yang melebihi apa yang ada pada stesen-steen mini yang lain sebelum ini. Dengan kerjasama Petronas, stesen minyak Smart terpilih boleh mengumpul mata ganjarab melalui Kad Loyalti Mesra Petronas. Ia juga sebagai salah satu program peruncitan yang berkesan menjadi pemangkin dan pemacu aktiviti keusahawanan dan sosio ekonomi masyarakat luar bandar terutamanya melalui penglibatan koperasi. Stesen ini bakal menjadi mercu tanda baharu bagi masyarakat setempat kerana ia bukan sahaja memberi kemudahan kepada penduduk tempatan malah pengguna-pengguna lain yang mengguna laluan utama ke Bandar Pusat jengka, Jerantut atau ke Temerloh.