Utama

NADI Pusat Internet (2026) – Soalan Lazim & Perkhidmatan
1. Bagaimanakah cara untuk memohon NADI di kawasan saya?
Pemilihan lokasi NADI (Pusat Internet) adalah berdasarkan kajian keperluan, tinjauan lapangan serta lawatan tapak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama agensi kerajaan berkaitan.
Orang awam tidak boleh memohon secara terus, namun cadangan boleh dikemukakan kepada pihak SKMM untuk pertimbangan.

2. Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek NADI?
Pelaksanaan projek NADI dibuat melalui kaedah tender terbuka di bawah Program Universal Service Provision (USP).

3. Adakah terdapat syarat untuk membida projek NADI?
Hanya syarikat berlesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 layak membida (NSP(I), NFP(I), ASP(C)).
👉 Orang awam tidak boleh membuka NADI secara persendirian.

4. Apakah kemudahan dan perkhidmatan di NADI?
Kemudahan Asas:
Internet jalur lebar berkelajuan tinggi
Wi-Fi komuniti
Komputer dan perisian terkini
Pencetak dan faks
Perkhidmatan Pintar:
Keusahawanan
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kesejahteraan Kendiri
Kesedaran
Inisiatif Kerajaan

5. Siapakah yang boleh mengunjungi NADI?
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

6. Perlukah saya mendaftar?
Digalakkan mendaftar sebagai ahli untuk kadar lebih murah.

7. Adakah dikenakan caj?
Sesetengah perkhidmatan dikenakan caj minimum.

8. Berapakah bayaran program latihan ICT?
Percuma.

9. Apakah perbezaan NADI dengan cybercafe biasa?
NADI lebih selamat, dipantau, dan menyediakan latihan serta pembangunan komuniti.

Selamat Datang ke PUSAT INTERNET JENGKA 19

30 December 2017 UTAMA

  Pusat Internet Jengka 19, mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Internet merupakan program usahasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan TM Berhad […]

Baca lanjut →

Celik IT

Kisah 1 Nama En. Shamsul Bin Abdul Molok Umur 45 Tahun   Ahli : 2017   Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Sebelum penglibatan En Shamsul bersama Pi, beliau menguruskan urusan […]

Baca lanjut →

Kisah Kejayaan Keusahawanan

  Kisah 1 Nama :Hairy Azly Bin Kassim /Ejassikit Catering Umur :40 Tahun   Ahli   :2017   Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI   Sebelum penggunaan ICT, segala tempahan hanyalah dibuat […]

Baca lanjut →

Laporan Bulanan Oktober 2017

Kelas Membuat MindMaps Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk mengajar mereka cara untuk membuat nota ringkas menggunakan kaedah MindMaps. Kaedah ini […]

Baca lanjut →

Tok Mat Madu Kelulut

  Sebarang Pertanyaan/ Tempahan boleh hubungi:   Nama: Mohd Farhin bin AhmadNo Tel: 017-9202814  

Baca lanjut →

Keusahawanan

PENYEDIAAN MAKANAN (CATERING) Nama: Hairy Azly bin Kassim Status: Anak Peneroka Jengka 19 Nama Syarikat: Ejass Enterprise Jawatan: Pengarah Urusan / Pengasas Jenis Perniagaan: Penyediaan Makanan Alamat: No 105, Felda […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya