Utama

NADI Pusat Internet (2026) – Soalan Lazim & Perkhidmatan
1. Bagaimanakah cara untuk memohon NADI di kawasan saya?
Pemilihan lokasi NADI (Pusat Internet) adalah berdasarkan kajian keperluan, tinjauan lapangan serta lawatan tapak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama agensi kerajaan berkaitan.
Orang awam tidak boleh memohon secara terus, namun cadangan boleh dikemukakan kepada pihak SKMM untuk pertimbangan.

2. Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek NADI?
Pelaksanaan projek NADI dibuat melalui kaedah tender terbuka di bawah Program Universal Service Provision (USP).

3. Adakah terdapat syarat untuk membida projek NADI?
Hanya syarikat berlesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 layak membida (NSP(I), NFP(I), ASP(C)).
👉 Orang awam tidak boleh membuka NADI secara persendirian.

4. Apakah kemudahan dan perkhidmatan di NADI?
Kemudahan Asas:
Internet jalur lebar berkelajuan tinggi
Wi-Fi komuniti
Komputer dan perisian terkini
Pencetak dan faks
Perkhidmatan Pintar:
Keusahawanan
Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kesejahteraan Kendiri
Kesedaran
Inisiatif Kerajaan

5. Siapakah yang boleh mengunjungi NADI?
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

6. Perlukah saya mendaftar?
Digalakkan mendaftar sebagai ahli untuk kadar lebih murah.

7. Adakah dikenakan caj?
Sesetengah perkhidmatan dikenakan caj minimum.

8. Berapakah bayaran program latihan ICT?
Percuma.

9. Apakah perbezaan NADI dengan cybercafe biasa?
NADI lebih selamat, dipantau, dan menyediakan latihan serta pembangunan komuniti.

KISAH KEJAYAAN NADI FELDA JENGKA 19 | 2026

11 June 2026 Kisah Kejayaan

NAMA AISHAH BINTI HAMBAR UMUR 37 PEKERJAAN SURI RUMAH NADI FELDA JENGKA 19 LATAR BELAKANG Puan Aishah binti Hambar merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan menjual makanan segar seperti […]

Baca lanjut →

KISAH KEJAYAAN NADI FELDA JENGKA 19 | 2026

NAMA MUHAMMAD AZRIL HAFIY BIN MOHD AZULA UMUR 17 TAHUN STATUS PELAJAR PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH NADI FELDA JENGKA 19 LATAR BELAKANG Adik Azril Hafiy] merupakan seorang pelajar yang tinggal di […]

Baca lanjut →

11 JUN 2026 : NADIPRENEUR & EMPOWERHER

TARIKH 11/06/2026 MASA 10:00 AM – 11:00 AM TAJUK LIVE WEBINAR 21 & 22 (PEMASARAN & OPERASI PERNIAGAAN) PESERTA 3 PESERTA NADI FELDA JENGKA 19 TUJUAN Program Nadipreneur EmpowerHER: Pencarian […]

Baca lanjut →

06 JUN 2026 : KEMPEN INTERNET SELAMAT

TARIKH 06/06/2026 MASA 10:00 AM – 11:00 AM TAJUK CYBER TRAP PESERTA 3 NADI FELDA JENGKA 19 TUJUAN Program Cyber Trap: Rahsia di Sebalik Skrin bertujuan meningkatkan kesedaran peserta tentang […]

Baca lanjut →

06 JUN 2026 : TINY TECHIES

TARIKH 06/06/2026 MASA 4.00 PM – 5.00 PM TAJUK PYTHON IN ANIMATION PESERTA 5 NADI FELDA JENGKA 19 TUJUAN Program Tiny Techies: Python in Animation Siri 3 bertujuan untuk memperkenalkan […]

Baca lanjut →

Aktiviti Semasa

Tiada aktiviti akan datang pada masa ini

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari

Isnin - Ahad

(kecuali cuti umum)


9.00pg - 6.00ptg

(Semenanjung Malaysia)

8.00 pagi - 5.00 petang

(Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak)

Pendaftaran Ahli NADI

Keahlian Percuma

Keistimewaan:

1.Keahlian seumur hidup

2.Kelas percuma

Caj & Perkhidmatan

Komputer atau laptop disediakan untuk ahli NADI tanpa sebarang caj (Percuma).Pelajar, warga emas dan OKU diberi keutamaan semasa waktu puncak.


Terma Perkhidmatan:

1. Pengguna mesti berdaftar sebagai ahli NADI

2. Penggunaan adalah terhad kepada satu jam setiap pengguna

3. Penggunaan tambahan melebihi jam pertama tertakluk kepada budi bicara staf NADI, bergantung kepada ketersediaan

4. Tiada pemasangan perisian dibenarkan

 

Perkhidmatan Lain:

1. Mencetak (hitam/putih)

  • RM0.20 setiap muka surat
  • RM0.40 depan dan belakang

2. Mencetak (berwarna)

  • RM0.50 setiap muka surat
  • RM1.00 depan dan belakang

3. Perkhidmatan Fotokopi A4

  • RM0.20 setiap muka surat

4. Perkhidmatan Laminasi A4

  • RM0.50 untuk saiz lebih kecil daripada A4
  • RM1.00 untuk saiz A4
  • RM2.00 untuk saiz A3

5. Perkhidmatan Imbasan

  • Percuma 10 muka surat pertama
  • RM0.10 bagi setiap muka surat seterusnya