Tarikh : 12 Mei 2018 Masa : 10.00 Pagi – 1.00 Petang Lokasi : Pi Jengka 19 Peserta : 8 Orang |
Tujuan
-
Memperkenalkan modul Dashboard (MyShop) kepada peserta.
Aktiviti
Peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan Pi1M diperkenalkan dengan Modul Dashboard (MyShop) dan peserta dapat mempelajari cara memuat turun aplikasi Dashboard Community ke dalam telefon pintar masing-masing. Selain daripada itu, peserta juga boleh mempelajari cara mengiklankan produk mereka menggunakan Myshop dan para peserta yang berjaya memuat naik gambar produk masing-masing diberikan hadiah barangan dashboard sebagai hadiah saguhati. Aktiviti ini dapat membantu Pi1M Jengka 19 untuk mencapai objektif/visi Pusat Internet 1 Malaysia iaitu merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar. Peserta dapat mempromosikan produk masing-masing secara dalam talian dan seterusnya meningkatkan hasil jualan masing-masing.