LATAR BELAKANG CALON
Nama : Nur Hazlieyani Bt Mohd Sari Tarikh Lahir : 30 Jun 1995 Umur : 25 Tahun Pekerjaan : Guru PDK/Peniaga makanan Pendidikan : SPM |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau yang sebelum ini sememangnya meminati bidang perniagaan dalam talian pernah menjual beberapa produk secara dropship di akaun media social miliknya. Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, beliau kini lebih mahir menggunakan sepenuhnya pengiklanan di laman social contohnya penggunaaan fb ads dan Instagram.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, seperti kelas keusahawanan bersama Mary Kay dan Tupperware, beliau dapat memanfaatkan teknik-teknik pemasaran dan tips untuk membuat jualan di page Facebook, Instagram, Shopee, malah di Status Whatsapp juga. Pada Q4 2018, perniagaan PPDK hanya melibatkan perniagaan roti sahaja. Kini dengan penglibatan lebih banyak kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PI Jengka 19, kini PPDK meluaskan perniagaannya dengan menghasilkan sendiri produk dodol aokmer dan menggunakan internet sebagai platform utama jualan produk tersebut. PPDK juga dengan ini dapat mencari dana tambahan untuk menampung perbelanjaan program-program bersama anak-anak istimewa di bawah jagaan dan didikan mereka.
.