mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN 1 SUKU TAHUN KEEMPAT 2020

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Internet, beliau hanya mempromosikan tentang perniagaan beliau melalui facebook sahaja. Selain itu, beliau juga agak sukar untuk mendapatkan gambar-gambar kartun terkini untuk dijadikan idea dalam dekorasi kek.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, selain mempromosikan produk menggunakan facebook, beliau turut menggunakan instagram dan group whatapp untuk mempromosikan produknya. Dengan penambahan platform untuk mempromosikan produk yang dihasilkan sangat membantu menjadikan hasil tangan beliau lebih dikenali.

Disamping itu, selepas hasil tangan beliau semakin dikenali, beliau turut mendapat permintaan membuat kelas dekorasi kek untuk belia di kawasan Jengka 19.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • 1) Mempelajari teknik promosi yang lebih berkesan melalui aplikasi whatsapp, facebook dan instagram.
  • 2) Mempromosikan produk makanan yang diusahakan di MyShop. 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

      • 1) Membantu untuk mendapatkan gambar yang sesuai untuk dijadikan idea dekorasi kek.
      • 2) Membantu mempromosikan perniagaan untuk lebih dikenali melalui pengenalakn kepada rangkaian media social seperti facebook & instagram.
      • 3) Membantu melalui perkongsian teknik penulisan dan ayat-ayat promosi yang berkesan.