Kisah 1
Nama :Hairy Azly Bin Kassim /Ejassikit Catering
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, segala tempahan hanyalah dibuat secara offline dengan menerima tempahan melalui telefon. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui tentang perniagaannya melalui pengalaman bekas pelanggaannya yang telah menggunakan perkhidmatannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Jengka 19, beliau kini telah mempromosikan perniagaan beliau menggunakan aplikasi Facebook dengan lebih aktif dari sebelum ini setelah menyedari tentang kebaikan dan manfaat dalam mempromosikan perniagaannya secara online.
Dengan menggunakan laman facebook niaga, Ejassikit Katering kini lebih dikenali dan mendapat sambutan yang luar biasa serta tempahan yang lebih banyak.
Kisah 2
Nama :Pn. Rozanida Bt. Rais/Ayam Proses Segar
Umur :35 Tahun
Ahli :2017
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, segala tempahan hanyalah dibuat secara offline dengan menerima tempahan melalui telefon. Beliau juga menggunakan cara manual untuk pengiraan keuntungan dan penyimpanan data perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Jengka 19, beliau kini telah mempromosikan perniagaan beliau menggunakan aplikasi Facebook dengan lebih aktif dari sebelum ini setelah menyedari tentang kebaikan dan manfaat dalam mempromosikan perniagaannya secara online.
Dengan menggunakan laman facebook niaga, perniagaan beliau kini lebih dikenali dan mendapat tempahan yang lebih banyak sehingga ke kawasan Bandar Pusat Jengka. Beliau juga kini meluaskan perniagaan dengan cuba untuk menjual barangan lain seperti tapai pulut dan wangian.