mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT SUKU TAHUN KEEMPAT 2020

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Internet, Siti An-Nurhaifa tidak terdedah dengan kelebihan penggunaan Internet sepenuhnya. Beliau juga tidak mahir menggunakan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Offcie Word.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet, Siti Haifa kini mahir menggunakan komputer dan internet untuk mendapatkan maklumat dalam menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh guru.

Apa yang dipelajari melalui PI

  • 1) Mempelajari sejarah tertubuhnya Internet
  • 2) Mempelajari cara untuk membuat akan email, menghanatar email, dan memasukkan lampiran ke dalam email.
  • 3) Mempelajari tentang alatan perkakasan komputer
  • 4) Mempelajari fungsi-fungsi yang terdapat di dalam perisian komputer seperti Microsoft Office.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

    • 1) PI mengadakan kelas bagi pengukuhan dan pemantapan ilmu ICT
    • 2) Menjadikan PI sebagai salah satu pusat rujukan setempat
    • 3) Menjadikan PI sebagai pusat perkongsian dan mencari maklumat komuniti khususnya golongan pelajar.
    • 4) Petugas sentiasa mengikuti perkembangan untuk meningkatkan kemahiran ICT sejajar dengan kemajuan teknologi.