LATAR BELAKANG CALON
Nama : Nurul Fitri Bin Ramli Tarikh Lahir : 21 Jun 1985 Umur : 35 Tahun Pekerjaan : Pekerja Swasta Pendidikan : Diploma |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Internet, Puan Nurul Fitri kurang mahir tentang ICT malah tidak pandai menggunakan kemudahan internet. Sikap ingin tahu beliau telah mendorong beliau untuk cuba menyertai setiap kelas yang dianjurkan oleh pusat internet terutama sekali kelas-kelas asas perniagaan. Beliau yang meminati bidang perniagaan dan kecantikan juga ada menjalankan perniagaan kecil-kecilan dalam menjual barangan TUPPERWARE dan kosmetik Mary Kay.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyertai pelbagai kelas yang dianjurkan, beliau kini lebih mahir tentang penggunaan internet . Contohnya beliau kini sudah mempunyai akaun. Shopee dimana beliau juga ada menjual barang di laman Shopee selepas menyertai kelas keusahawan bersama TUPPERWARE & MARY KAY. Bidang perniagaan yang diceburi kini ialah penjualan kuih tradisional bahulu dan kek. Kelass-kelas ICT yang disertai pula ialah pembelian dalam talian, asas teknologi maklumat dan komunikasi, dan pembelian dalam talian.
Apa yang dipelajari melalui PI
Beliau telah mempelajari kaedah pembelian dalam talian, perniagaan di laman Myshop dan Shopee dan perbankan internet. Selain itu, beliau juga mempelajari tips kemahiran pemasaran melalui kelas keusahawanan bersama Tupperware dan Mary Kay dan kelas pembuatan biskut dan kek.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- PI mengadakan kelas bagi pengukuhan dan pemantapan ilmu ICT. Beliau juga menjadikan PI sebagai salah satu pusat rujukan setempat, pusat perkongsian dan mencari maklumat komuniti khususnya golongan pelajar. Selain itu, petugas sentiasa mengikuti perkembangan untuk meningkatkan kemahiran ICT sejajar dengan kemajuan teknologi.