mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN SUKU TAHUN KEDUA 2018 – Pn Zuraida Bt Sahol Amil

USAHAWANAN MAKANAN

Nama    :  Pn Zuraida Bt. Sahol Amil

Umur    :   39 Tahun

Ahli       :   2017

 

Latar belakang

Puan Zuraida Bt Sahol Amil adalah merupakan seorang menantu peneroka Felda jengka 19 yang berkahwin dan menetap di  Felda jengka 19. Beliau dan suami menjalankan perniagaan ikan patin dan merupakan satu-satunya perniaga ikan patin di Felda Jengka 19. Selain membantu suami menjalankan perniagaan tersebut, Puan Zuraida juga berniaga kuih-kuih tradisional untuk di jual sebagai sarapan dan di pasar malam berdekatan. Setiap aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Jengka 19 akan cuba disertai oleh Puan Zuraida atas semangat untuk menimba ilmu dalam bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penggunaan ICT, Puan Zuraida Bt. Sahol Amil hanya mempromosikan barang yang dijual secara offline di kedai-kedai dan juga di pasar malam.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, Puan Zuraida lebih terdedah dengan teknologi ICT dan aplikasi online seperti facebook dan whatsapp. Minat beliau dalam mempelajari tetang aplikasi tersebut membolehkan beliau memasarkan produk perniagaannya dengan lebih luas, terutama sekali kuih – kuih tradisional. Beliau juga diajar menggunakan aplikasi whatsapp dan melalui group whatsapp seperti group COD Jengka 19 dan Group Usahawan Pi1M Jengka 19, beliau mendapat tempahan dengan lebih banyak dari sebelumnya.