USAHAWANAN MAKANAN
Nama : Pn. Zainun Bt. Abdul Rahman Umur : 33 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Puan Zainun Bt. Abdl Rahman adalah merupakan seorang anak peneroka Felda jengka 19 yang berkahwin dan menetap di Felda jengka 19. Beliau dan suami menjalankan perniagaan kedai runcit sejak beberapa tahun dahulu. Atas minat beliau dalam pembuatan kek, roti dan makanan tradisional yang lain, beliau telah mula menjual pelbagai jenis roti yang diletakkan di kedai runcit dan melalui perkhidmatan COD.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Puan Zainun Bt Andul Rahman hanya mempromosikan barang yang dijual secara offline di kedai runcit beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, Puan Zainun lebih terdedah dengan teknologi ICT dan aplikasi online seperti facebook dan whatsapp. Beliau juga telah mempelajari cara untuk membuat pembelian secara online di laman web jualan seperti Lazada dan Shopee.my. Dengan itu, beliau telah membeli sebuah mesin pengering agar-agar yang sebelum ini, proses pengeringan dibuat secara tradisional iaitu melalui proses penjemuran di bawah cahaya matahari. Penjualan agar-agar kering beliau telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Beliau kini mempromosikan produk terbaru beliau di laman facebook dan MyShop. Beliau juga diajar menggunakan aplikasi whatsapp dan melalui group whatsapp seperti group COD Jengka 19 dan Group Usahawan Pi Jengka 19, beliau mendapat tempahan dengan lebih banyak dari sebelumnya.