mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN SUKU TAHUN PERTAMA 2018 – Pn. Nurul Ain Bt Yusof

USAHAWANAN BARANGAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN

Nama    :  Pn. Nurul Ain Bt Yusof

Umur    :   30 Tahun

Ahli       :   2017

 

Latar belakang

Puan Nurul Ain Bt. Mohd Yusof  ialah seorang menantu peneroka Felda Jengka 19 yang berwawasan tinggi dan mempunyai matlamat tersendiri untuk maju dalam perniagaan. Beliau telah memilih untuk menjadi agent HAI – O Marketing yang menjual barang-barang kecantikan dan kesihatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Puan Nurul Ain Bt. Mohd Yusof hanya mempromosikan barang yang dijual melalui aplikasi whatsapp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Jengka 19, beliau kini telah mempromosikan perniagaan beliau menggunakan aplikasi Facebook setelah menyedari tentang kebaikan dan manfaat dalam mempromosikan perniagaannya secara online.

Dengan menggunakan laman facebook niaga, perniagaan beliau kini lebih dikenali dan mendapat sambutan yang luar biasa serta tempahan yang lebih banyak.