mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Norliza Bt. Abd Aziz

USAHAWANAN MAKANAN DAN PAKAIAN

Nama    :  Pn. Norliza Bt. Abd Aziz

Umur    :   32 Tahun

Ahli       :   2017

 

Latar belakang

Puan Norliza Bt. Abd Aziz  ialah seorang anak peneroka Felda Jengka 19 yang berwawasan tingg dan mempunyai matlamat tersendiri untuk maju dalam perniagaan. Beliau yang juga seorang tenaga pengajar di Pusat Didikan Khas Jengka 19 menjadikan bidang perniagaan makanan sejuk beku, kuih muih dan pakaian sebagai pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, segala tempahan hanyalah dibuat secara offline dengan menerima tempahan melalui telefon. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui tentang perniagaannya melalui pengalaman bekas pelanggaannya iaitu testimoni-testinomi yang berpuashati dengan produk yang dikeluarkan. Bagi perniagaan pakaiannya, dia menggunakan teknik “dropship” iaitu menjadi orang tengah antara pembekal dan pembeli.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Jengka 19, beliau kini telah mempromosikan perniagaan beliau menggunakan aplikasi Facebook dengan lebih aktif dari sebelum ini setelah menyedari tentang kebaikan dan manfaat dalam mempromosikan perniagaannya secara online.

Dengan menggunakan laman facebook niaga, perniagaan beliau kini lebih dikenali dan mendapat sambutan yang luar biasa serta tempahan yang lebih banyak.