mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN SUKU TAHUN KETIGA 2018 – Pn Hamidah Bt. Abdul Rahman

USAHAWANAN MAKANAN & KOSMETIK

Nama    :  Pn Hamidah Bt. Abdul Rahman

Umur    :   27 Tahun

Ahli       :   2017

Latar belakang

Puan Hamidah Bt. Abdul Rahman merupakan anak peneroka Felda jengka 19 dan menetap di  Felda jengka 19 selepas berkahwin. Untuk menambah pendapatan keluarga, beliau telah menjalankan perniagaan sebagai dropshiper iaitu perantara antara penjual dan pembeli. Selain daripada itu, Beliau juga menjalankan perniagaan berasaskan makanan melalui servis “Cash On Delivery”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Internet, beliau hanya mempromosikan tentang perniagaan beliau melalui facebook sahaja. Dengan penglibatan bersama Pusat Internet (PI), beliau kini aktif mengiklankan produk beliau di laman Dashboard MyShop dan mengikuti kelas-kelas di PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, terutamanya kelas mengenai MyShop, beliau dapat memanfaatkan Mshop sebagai satu platform tambahan untuk beliau memperkenalkan tentang produk-produk yang dijual. Beliau juga telah menghadiri kelas keusahawanan bersama Produk Mary Kay yang mana banyak memberi pengetahuan kepada beliau teknik teknik pemasaran bersama Mary Kay.