mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Nur Zuhairah binti Abdullah

PERNIAGAAN MAKANAN DAN JAHITAN

Nama    :  Nur Zuhairah binti Abdullah

Umur    :   27 Tahun

Ahli       :   2017

Latar belakang

 Nur Zuhairah binti Abdullah merupakan anak peneroka Felda Jengka 19 dan menetap di  Felda Jengka 19. Beliau telah menjalankan perniagaan berasaskan makanan khususnya kek dan kuih-muih dan mengambil tempahan jahitan bermula pada tahun 2014 secara kecil kecilan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Internet, beliau hanya mempromosikan tentang perniagaan beliau melalui facebook sahaja. Selain itu, beliau juga agak sukar untuk mendapatkan gambar-gambar kartun terkini untuk dijadikan idea dalam dekorasi kek.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, selain mempromosikan produk menggunakan facebook, beliau turut menggunakan instagram dan group whatapp untuk mempromosikan produknya. Dengan penambahan platform untuk mempromosikan produk yang dihasilkan sangat membantu menjadikan hasil tangan beliau lebih dikenali. Disamping itu, selepas hasil tangan beliau semakin dikenali, beliau turut mendapat permintaan membuat kelas dekorasi kek untuk belia di kawasan Jengka 19.