mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2018 – Nur Hazlieyani Bt Mohd Sari

PERNIAGAAN DALAM TALIAN

Nama    :  Nur Hazlieyani Bt Mohd Sari

Umur    :   23 Tahun

Ahli       :   2017

Latar belakang

Puan Nur Hazlieyani merupakan anak peneroka Felda jengka 19 dan menetap di Felda Jengka 19 selepas berkahwin. Beliau merupakan pekerja di Pertubuhan pemulihan dalam komuniti jalinan siantan jengka 19 (PPDK) dan telah bekerja sejak tahun 2016. Minat beliau kepada perniagaan telah mencetuskan idea untuk menjalankan perniagaan di PPDK. Justeru itu, beliau bertindak sebagai wakil kepada PPDK untuk menghadiri kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau yang sebelum ini sememangnya meminati bidang perniagaan dalam talian pernah menjual beberapa produk secara dropship di akaun media social miliknya. Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, beliau kini lebih mahir menggunakan sepenuhnya pengiklanan di laman social contohnya penggunaaan fb ads dan Instagram.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, seperti kelas keusahawanan bersama Mary Kay dan Tupperware, beliau dapat memanfaatkan teknik-teknik pemasaran dan tips untuk membuat jualan di page Facebook, Instagram, Shopee, malah di Status Whatsapp juga.