PERKHIDMATAN SEWA LORI DAN BENGKEL KERETA
Nama : En. Mohd Radzwan Shah binti Mohd Radzi Umur : 31 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
En. Mohd Radzwan Shah binti Mohd Radzi ialah seorang anak peneroka Felda Jengka 19 yang berwawasan tingg dan mempunyai matlamat tersendiri untuk maju dalam perniagaan. Beliau mempunyai bengkel di Koperasi Jengka 19 dan menyediakan perkhidmatan membaiki kereta kepada penduduk sekitar dengan harga yang berpatutan. Selain dari itu, beliau juga telah mengembangkan perniagaannya dengan menyediakan perkhidmatan sewa lori.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, segala perkhidmatan yang dijalankan agak kurang dikenali. Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui tentang perniagaannya hanya melalui pengalaman bekas pelanggaannya iaitu testimoni-testinomi yang berpuashati dengan perkhidmatan yang dikeluarkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Jengka 19, beliau kini telah mempromosikan perniagaan beliau menggunakan aplikasi Facebook dan Page Facebook setelah menyedari tentang kebaikan dan manfaat dalam mempromosikan perniagaannya secara atas talian. Penggunaan Page Facebook sangat membantu dalam menaikkan dan menjadikan perkhidmatan yang disediakan lebih dikenali.