mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Galeri Tokoh & 3D Maran

GALERI TOKOH 3D MARAN 2

Orang ramai terutamanya penduduk sekitar Maran, Sri Jaya dan Jengka kini mempunyai satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi apabila Galeri Tokoh dan Galeri 3D bakal dibuka di bandar Maran telah dibuka untuk umum pada 3 Februari 2020 yang lalu. Perasmian galeri ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin yang juga ADUN Kuala Sentul dan Ketua UMNO Maran pada sehari sebelum dibuka pada umum iaitu pada 2 Februari 2020.