mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Siti Nur Juma Bee Sunarizal bin Sunarizal

BELAJAR PENGGUNAAN APLIKASI MICROSOFT & MENAIP

Nama    :  Siti Nur Juma Bee Sunarizal bin Sunarizal

Umur    :   14Tahun

Ahli       :   2017

 

Latar belakang

Siti Nur Juma ialah seorang cucu peneroka Felda Jengka 19. Dia selalu datang ke PI untuk mencari bahan rujukan di internet bagi menyiapkan kerja kursus dan tugasan sekolah. Selain itu, dia juga selalu mengikuti kelas ICT yang dijalankan di PI Jengka 19.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum adanya PI di Jengka 19, untuk mendapatkan perkhidmatan seperti yang disediakan di PI penduduk perlu ke bandar/pekan terdekat, begitu juga dengan pelajar seperti Siti Nur Juma. Oleh itu, sukar untuk pelajar mencari sebarang maklumat tambahan sebagai rujukan dalam pembelajaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas adanya PI ianya banyak memberi manfaat kepada penduduk khususnya pelajar seperti SIti Nur Juma. Disamping mendapat akses internet, dia juga dapat mengikuti kelas-kelas di PI seperti kelas Microsoft, asas teknologi dan lain-lain. Hasil dari mengikuti kelas-kelas ini banyak membantu dia untuk memnyiapkan tugasan sekolah khususnya kerja kursus yang memerlukan penggunaan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint tanpa bantuan dari petugas yang maksimum.