BELAJAR MENAIP DAN PENGGUNAAN APLIKASI MICROSOFT
Nama : Nurul Iman Balqish Binti Mohd Rafaee Umur : 11 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Nurul Iman Balqish bin Mohd Rafaee ialah seorang cucu peneroka Felda Jengka 19 yang sangat rajin dan bersemangat tinggi. Dia banyak menghabiskan masa hujung minggu dan cuti sekolah dengan mengikuti kelas-kelas yang dijalankan di PI Jengka 19.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum wujudnya Pusat Internet di Jengka 19, Nurul Iman Balqis kurang mahir dalam penggunaan ICT dan susah untuk mencari maklumat tambahan sebagai rujukan dalam pembelajaran. Selain itu, dia juga sukar untuk menyiapkan kerja sekolah yang memerlukan pencarian maklumat di internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas Pusat Internet Jengka 19 dibuka pada May 2017 banyak memberi manfaat kepada penduduk sekitar khususnya pelajar sekolah seperti Nurul Iman Balqis. Selepas mengikuti kelas ICT di PIdia lebih cekap dalam penggunaan komputer dan mencari maklumat di internet untuk menyiapkan tugasan sekolah. Selain itu, dia juga rajin mengikuti kelas Microsoft Office dan kelas kraf yang dijalankan di PI seperti origami membuat kad raya dan sampul raya.