mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Muhammad Haziq Bin Masrom

BELAJAR MENAIP DAN SUNTINGAN VIDEO

Nama    :  Muhammad Haziq Bin Masrom

Umur    :   12 Tahun

Ahli       :   2017

 

Latar belakang

 Muhammad Haziq bin Masrom ialah seorang cucu peneroka Felda Jengka 19 yang mempunyai semangat yang tinggi dan sentiasa berusaha dalam meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam pengetahuan ICT.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum wujudnya Pusat Internet di Jengka 19, selepas waktu persekolahan dan semasa cuti sekolah Muhammad Haziq banyak menghabiskan masanya dengan aktiviti tidak berfaedah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Pi dibuka pada May 2017 Muammad Haziq selalu datang ke PI, selain dari menonton aplikasi YouTube dia juga suka mengikuti kelas-kelas yang diadakan seperti kelas microsoft, menaip, suntingan video dan lain-lain. Semangat untuk belajar yang ditunjukkan membolehkan dia mempelajari ilmu yang dikongsi dengan lebih cepat. Kini, selepas mengikuti kelas ICT dia sudah pandai untuk menaip surat di Microsoft Word, membuat suntingan gambar dan video menggunakan Movie Maker.