mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN 2 SUKU TAHUN KEDUA 2019

LATAR BELAKANG CALON

Nama :  Norafidah binti Ahmad Sajaen

Tarikh Lahir :1 Mei 1983

Umur :  36 Tahun

Pekerjaan : Peniaga makanan basah.

Pendidikan : Sekolah Menengah Kampung Awah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norafidah memulakan perniagaannya dengan hanya menghantar kuih muih di gerai-gerai sekitar Felda Jengka 19. Kemudian, beliau menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada kenalan rapat yang pernah membeli kuih muih jualannya di gerai-gerai sekitar Jengka 19.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan ke kelas latihan usahawan yang dijalankan di PI dapat membantu beliau mempromosikan produk dengan lebih meluas seperti di Facebook dan group-group Whatapp komuniti setempat. Melalui cara ini, kuih muih dan makanan yang dijual lebih dikenali bukan hanya di kawasan Jengka 19. Kini, beliau turut menerima tempahan dari penduduk di Jengka berhampiran.