mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT

Kisah 1

Nama En. Shamsul Bin Abdul Molok

Umur 45 Tahun
 
Ahli : 2017
 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan En Shamsul bersama Pi, beliau menguruskan urusan perakaunan Masjid Nur Huda Felda Jengka 19 secara manual dan segala rekod disimpan sebagai “hardcopy”.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Pi dibuka pada May 2017, beliau kerap menghadiri ke Pi Jengka 19 untuk menggunakan segala perkhidmatan yang disediakan. Petugas Pi Jengka 19 juga telah memberi tunjuk ajar kepada beliau cara  menguruskan dan penyimpanan maklumat akaun Masjid dengan cara yang lebih selamat dan efisien iaitu menggunakan komputer terutamanya melalui aplikasi Microsoft Excel.

Semangat untuk belajar yang ditunjukkan membolehkan beliau mempelajari ilmu yang dikongsi dengan lebih cepat dan kini penggunaan ICT telah memudahkan kerja dan urusan beliau.