mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN SUKU TAHUN PERTAMA 2019 – Mohd Zulkarnail Bin Md Saad

PERNIAGAAN MAKANAN 

Nama    :  Mohd Zulkarnail Bin Md Saad

Umur    :   28 Tahun

Ahli       :   2017

Latar belakang

 Mohd Zulkarnail Bin Md Saad ialah seorang anak peneroka Felda Jengka 19 yang berwawasan tingg dan mempunyai matlamat tersendiri untuk maju dalam perniagaan yang diceburinya. Beliau merupakan antara salah seorang usahawan belia yang ada di Felda Jengka 19. Beliau menjalankan perniagaan makanan seperti nasi bajet dan mengambil tempahan bahulu untuk sebarang majlis atau pon perayaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Perniagaan makanan Zulkarnail bermula pada penghujung tahun 2017, beliau bermula dengan hanya menjual 3 bekas bahulu dengan menumpang di kedai orang lain. Selepas itu, permintaan terhadap kueh bahulu keluarannya semakin mendapat permintaan oleh penduduk setempat.   Kebanyakan pelanggan beliau mengetahui tentang perniagaannya melalui pengalaman bekas pelanggaannya iaitu testimoni-testinomi yang berpuashati dengan produk yang dihasilkannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan ke kelas latihan usahawan yang dijalankan di PI dapat membantu beliau mempromosikan produk dengan lebih meluas seperti di Facebook dan group-group Whatapp komuniti setempat. Melalui cara ini, produk keluaran beliau semakin dikenali dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Selain itu, beliau juga ada mengikuti kelas kemahiran lain seperti membuat roti dan pizza untuk mempelbagaikan lagi hasil jualannya.