PERNIAGAAN MAKANAN
Nama : Rosmanira binti Dullah Umur : 34 Tahun Ahli : 2018 |
Latar belakang
Puan Rosmanira binti Dullah adalah menantu peneroka Jengka 19 yang sangat rajin dan berwawasan tinggi. Beliau baru menetap di Jengka 19 dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual makanan seperti nasi kerabu dan manisan. Kini, makanan jualan beliau semakin dikenali dan sering mendapat tempahan untuk pelbagai majlis.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas-kelas yang dijalan kan di Pusat Internet, Puan Rosmanira hanya mempromosikan jualannya kepada kawan-kawan terdekat. Selain itu, beliau juga kurang mahir menggunakan kemudahan ICT yang disediakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas ICT dan latihan keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet banyak membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran tentang penggunaan peralatan seperti komputer dan membantu meningkatkan jumlah pendapatan hasil dari jualannya. Selain mempromosikan jualannya di Facebook, beliau juga menyertai group Whatapps penduduk setempat dan mempromosikan jualannya disitu. Hasil dari itu, produk jualannya semakin dikenali dan mendapat tempat di hati penduduk. Tambahan pula, beliau menyediakan perkhidmatan “Cash On Delivery” COD bagi penduduk setempat, tanpa mengenakan bayaran tambahan.