BELAJAR PENGGUNAAN APLIKASI MICROSOFT, MENAIP, SUNTINGAN VIDEO & GAMBAR
Nama : Nur Fatihah Farzana Binti Rosdi Umur : 12 Tahun Ahli : 2017 |
Latar belakang
Nur Fatihah Farzana binti Rosdi merupakan seorang cucu peneroka Felda Jengka 19. Berusia 12 tahun dan akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum adanya Pusat Internet di Jengka 19, Fatihah hanya menggunakan buku teks sebagai rujukan. Selain itu, dia juga membuat latihan hanya menggunakan bahan yang disediakan oleh guru-guru disekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas adanya Pusat Internet di Jengka 19, ianya sangat memberi manfaat kepada komuniti terutama golongan pelajar seperti Nur Fatihah. Dia lebih mudah untuk mencari bahan rujukan tambahan di internet dan tidak hanya bergantung kepada buku teks sahaja. Selain daripada itu, Nur Fatihah juga dapat membuat latihan tambahan secara online seperti di https://www.tutortv.com.my/ dan https://www.latihtubi.com/ .