LOKASI
Gugusan Jengka merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Gugusan Jengka juga dikenali sebagai Segi Tiga Jengka kerana kedududkannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.
Rajah 1: Peta Daerah
Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah tanah rancangan felda yang menjadi pengeluar getah dan sawit. Terdapat 25 buah jengka bermula dengan Jengka 1 hingga Jengka 25. Nombor yang diberikan kepada setiap jengka adalah berdasarkan kawasan mana yang lebih awal dibuka. Selain itu, jengka juga diberi nama mengikut nama bunga. Pilihan nama bunga adalah mengikut abjad bagi mengenalpasti kawasan yang lebih awal dibuka.
Jengka 19 atau nama bunganya “Siantan” merupakan salah satu tanah rancangan Felda yang terletak di dalam gugusan jengka. Ia terletak di antara Felda Sungai Nerek dan Felda Jengka 18 melalui jalan Kampung Awah – Bandar Jengka. Jengka 19 terletak di dalam Daerah Maran dan bandar terdekat adalah Bandar Jengka (26KM) dan Bandar Temerloh (29KM).
Rajah 2: Peta Kampung Jengka 19
Lokasi |
Felda Siantan Jengka 19, 26400 Bandar Pusat Jengka, Pahang |
Mukim |
Bukit Segumpal |
Daerah |
Maran |
Coordinate |
Latitude 3.57077 [N] , Longitude 102.519794 [E] |
Populasi |
3800 Orang (45%- Lelaki , 55%-Perempuan) |
Purata Isi Rumah |
620 |
AHLI PARLIMEN
|
Ahli Parlimen : Yb. Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamad Said Alamat : No.2 Taman Sri Makmur ½ Taman Sri Makmur Kerdau 28000 Temerloh, Pahang Tel : 09-2846650/ 019-9875650 Faks : 09-2861206 Email : p087kkrau@yahoo.com |
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
|
Ahli Dun Jengka : Yb. Dato’ Wan Salman bin Wan Ismail Alamat : Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kawasan Jengka, Wisma Peneroka, Nadi Kota 26400 Bandar Tun Abd Razak, Jengka Tel : 09-4662384 Faks : 09-4662384 Email : adminjengka@pahang.gov.my/ |
PEGAWAI DAERAH MARAN
|
Peg. Daerah Maran : Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha Alamat : Pejabat Daerah dan Tanah Maran 26500 Maran Pahang Darul Makmur Tel : 09-4771500 (PDTM), 09-4771402 (MDM) Email : syedaft@pahang.gov.my / ydp@mdmaran.gov.my / syedaft@yahoo.com.my |