mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Nur Wardina binti Mohd Harif

BELAJAR PENGGUNAAN APLIKASI MICROSOFT

Nama    :   Nur Wardina binti Mohd Harif

Umur    :   15 Tahun

Ahli       :   2017

 

Latar belakang

Nur Wadina binti Mohd Harif ialah seorang cucu peneroka Felda Jengka 19 yang sangat rajin. Dia selalu datang ke PI untuk mencari bahan rujukan di internet bagi menyiapkan tugasan sekolah. Selain itu, die juga selalu mengikuti kelas-kelas yang dijalankan di PI Jengka 19.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas yang diadakan di PI Jengka 19, Nur Wadina kurang mahir dalam penggunaan ICT dan sukar untuk mencari maklumat tambahan sebagai rujukan dalam pembelajaran. Tambahan pula, dia perlu menyiapkan kerja kursus geografi dan sejarah bagi tingkatan tiga. Jadi, dia amat memerlukan penggunaan PC dan internet bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas di PI Jengka 19 banyak membantu Wardina dalam menyiapkan tugasan sekolah dan untuk mencari maklumat tambahan. Bagi memudahkannya  menyiapkan kerja kursus geografi dan sejarah dia mengikuti kelas Microsoft Word dan Microsoft Power Point yang diadakan di PI. Hasil daripada itu, dia lebih cekap dalam penggunaan aplikasi Microsoft tanpa bantuan dari petugas yang maksimum.