
| TARIKH | 07/03/2026 |
| MASA | 10:00 AM – 11:00 AM |
| TAJUK | KOMUNIKASI SIHAT DI ALAM SIBER |
| PESERTA | 2 PESERTA |
TUJUAN
Program Kempen Internet Selamat yang dianjurkan di NADI Pusat Internet ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada peserta mengenai risiko seperti penipuan dalam talian, buli siber, serta kepentingan menjaga maklumat peribadi. Melalui bimbingan petugas NADI, peserta juga didedahkan dengan kemahiran asas penggunaan platform digital termasuk penyertaan dalam kelas KIS secara dalam talian.
AKTIVITI
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesedaran berkaitan keselamatan internet dan etika penggunaan media sosial. Petugas NADI turut membimbing peserta untuk menyertai kelas KIS secara online dengan menunjukkan cara penggunaan platform digital yang betul. Selain itu, aktiviti kuiz interaktif dan sesi soal jawab turut diadakan bagi meningkatkan kefahaman peserta terhadap topik yang disampaikan. Program ini dijalankan secara santai dan interaktif bagi menarik minat peserta untuk lebih peka terhadap keselamatan internet.
Gambar di sini :