mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN CELIK IT SUKU TAHUN PERTAMA 2021

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Internet, Nurussufiyyah tidak terdedah dengan kelebihan penggunaan komputer dan Internet sepenuhnya. Beliau juga tidak mahir menggunakan perisian-perisian komputer seperti Microsoft Offcie Word dan lain-lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet, Nurussufiyyah kini mahir menggunakan komputer dan internet untuk mendapatkan maklumat dan mencari ilham untuk membuat aktiviti melukis beliau.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

  • 1) Mempelajari sejarah tertubuhnya Internet
    • 2) Mempelajari tentang alatan perkakasan komputer
    • 3) Mempelajari fungsi-fungsi yang terdapat di dalam perisian komputer seperti Microsoft Office.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

    • 1) PI mengadakan kelas bagi pengukuhan dan pemantapan ilmu ICT
      • 2) Menjadikan PI sebagai salah satu pusat rujukan setempat
      • 3) Menjadikan PI sebagai pusat perkongsian dan mencari maklumat komuniti khususnya golongan pelajar.
      • 4) Petugas sentiasa mengikuti perkembangan untuk meningkatkan kemahiran ICT sejajar dengan kemajuan teknologi.