mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN 1 SUKU TAHUN KETIGA 2020

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau yang sebelum ini sememangnya meminati bidang perniagaan dalam talian pernah menjual beberapa produk secara offline. Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, beliau kini lebih mahir menggunakan sepenuhnya pengiklanan di laman social contohnya penjualan melalui katalog whatsapp dan fb ads.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, seperti kelas keusahawanan bersama Kelas pembuatan bahulu, kelas kek, biskut dan roti dan cara pemasaran dalam whatsapp, beliau dapat memanfaatkan teknik-teknik pemasaran dan tips untuk membuat jualan di page Facebook, Instagram, Shopee, malah di Status Whatsapp juga. Sebelum ini, perniagaan yang dijalankan oleh calon hanya melibatkan perniagaan biskut dan kuih tradisional sahaja. Kini dengan penglibatan lebih banyak kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PI Jengka 19, kini Pn. Azidawati telah memperluaskan perniagaannya dengan menjual pelbagai jenis kek dan roti setelah menghadiri kelas keusahawanan yang dianjurkan PI Jengka 19.

Apa yang dipelajari melalui PI

1) Mempelajari teknik promosi yang lebih berkesan melalui aplikasi facebook dan Instagram.

2)Teknik pemasaran yang dipelajari di Kelas keusahawanan pembuatan bahulu membantu beliau dalam memilih waktu yang sesuai untuk mengiklankan produk.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

    • PI membantu mempromosikan perniagaan untuk lebih dikenali. Selain itu, petugas PI membantu dalam teknik mempromosikan perniagaan melalui teknik penulisan dan ayat-ayat promosi yang berkesan.