LATAR BELAKANG CALON
Nama : Noor Hamidah Binti Abdul Halim Tarikh Lahir : 27 November 1982 Umur : 38 Tahun Pekerjaan : Peniaga Makanan Pendidikan : Diploma |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau yang sebelum ini sememangnya meminati bidang perniagaan dalam talian pernah menjual beberapa produk secara dropship di akaun media social miliknya. Setelah mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, beliau kini lebih mahir menggunakan sepenuhnya pengiklanan di laman social contohnya penggunaaan fb ads dan Instagram.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, seperti kelas keusahawanan bersama Kelas pembuatan kek dan Tupperware, beliau dapat memanfaatkan teknik-teknik pemasaran dan tips untuk membuat jualan di page Facebook, Instagram, Shopee, malah di Status Whatsapp juga. Sebelum ini, perniagaan yang dijalankan oleh calon hanya melibatkan perniagaan biskut dan kuih tradisional sahaja. Kini dengan penglibatan lebih banyak kelas dan latihan yang dianjurkan oleh PI Jengka 19, kini Pn. Hamidah telah memperluaskan perniagaannya dengan menjual produk TUPPERWARE dan kek serta menggunakan internet sebagai platform utama jualan produk tersebut.
Apa yang dipelajari melalui PI
1) Mempelajari teknik promosi yang lebih berkesan melalui aplikasi facebook dan Instagram.
- 2) Teknik pemasaran yang dipelajari di Kelas keusahawanan Tupperware membantu beliau dalam memilih waktu yang sesuai untuk mengiklankan produk.
3) Pada 2019, beiiau telah menyertai kelas teknik ‘photoshoot’ gambar produk bagi meningkatkan kemahiran mengambil gambarr produk yang menarik.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
-
- PI membantu mempromosikan perniagaan untuk lebih dikenali. Selain itu, petugas PI membantu dalam teknik mempromosikan perniagaan melalui teknik penulisan dan ayat-ayat promosi yang berkesan.