LATAR BELAKANG CALON
Nama : Roslidawaty Bt Mohamad Yusoff Tarikh Lahir : 20 Januari 1979 Umur : 41 Tahun Pekerjaan : Peniaga makanan. Pendidikan : Sekolah Menengah |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menjadi ahli pusat internet jengka 19, Puan Roslidawaty hanya menjalankan perniagaan secara offline. Beliau juga perlu keluar ke bandar bagi mencetak topping kek dan membuat pelekat untuk produknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai kelas-kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, seperti kelas keusahawanan bersama pembuatan kek & kelas pemasaran Myshop, beliau dapat memanfaatkan teknik-teknik pemasaran dan tips untuk membuat jualan di platform yang lain juga iaitu di page Facebook, Instagram, Shopee, malah di Status Whatsapp juga. Beliau juga kini lebih mahir dalam menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet dan dapat membuat pendaftaran persekolahan anak darjah 1 & sebarang permohonan dalam talian tanpa bantuan petugas lagi.