LATAR BELAKANG CALON
Nama : Ahmad Zaki bin Abd Manaf Tarikh Lahir : 29 Jun 1983 Umur : 37 Tahun Pekerjaan : Swasta Pendidikan : Ijazah Sarjana |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Internet, En, Ahmad Zaki tidak mengetahui yang petugas di Pusat Internet Jengka 19 boleh membantu beliau dalam pembinaan laman blog dan juga channel Youtube. Beliau yang tiada pengetahuan tentang perkara tersebut telah datang ke Pusat Internet Jengka 19 dan mengikut kelas-kelas yang disediakan oleh petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet, En. Ahmad Zaki kini telah mempunyai laman blog sendiri yang akan dikemaskini dari masa ke semasa. Beliau juga kini mempunyai channel Youtube untuk beliau memuat turun video resume dan video keluarga beliau yang mudah dikongsi dengan saudara mara yang lain. Beliau juga kini lebih mahir tentang ICT dan boleh menghebahkan pengetahuan beliau kepada orang lain pula.