LATAR BELAKANG CALON
Nama : Siti Mariana bt Manan Tarikh Lahir : 9 Januari 1981 Umur : 39 Tahun Pekerjaan : Peniaga makanan Pendidikan : Sekolah Menengah. |
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti di Pusat Internet, beliau hanya menjual/mempromosikan barangan jualan beliau di tepi jalan sahaja di mana sasaran penggunanya adalah penduduk setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menyertai kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet Jengka 19, terutamanya kelas mengenai MyShop, beliau dapat memanfaatkan Mshop sebagai satu platform tambahan untuk beliau memperkenalkan tentang produk-produk yang dijual. Beliau juga telah menghadiri kelas keusahawanan bersama Produk Mary Kay dan Tupperware Brand yang mana banyak memberi pengetahuan kepada beliau tentang teknik-teknik pemasaran yang berkesan di dalam talian.