mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Oktober 2019: E-Pembelajaran III

Tarikh     :   22 Oktober 2019

Masa      :   3.00 Petang – 4.00 Petang

Lokasi    :   Pi Jengka 19

Peserta  :   1 Orang

Tujuan 

  • Perbankan Internet

Aktiviti

                                                                                                          • Peserta merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan ternakan lembu. Petugas mengajar peserta cara menggunakan perbankan internet yang baru didaftarkan iaitu maybank2u.com.my Selain dari itu, peserta juga diajar cara untuk memuat turun penyata bank untuk simpanan peribadi dan urusan pinjaman bank. Petugas juga mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kepada peserta tentang cara mengenalpasti penipuan di Internet contohnya, dengan tidak menekan sebarang link yang diragui dan juga penerangan tentang ‘Phising’ yakni satu laman web/email yang dicipta untuk menipu dan mencuri maklumat mangsa. Aktiviti ini dapat menambah pengetahuan peserta untuk lebih berhati-hati dalam menggunakan kemudahan perbankan di Internet. Ia juga dapat menarik minat peserta yang hanya suri rumah, untuk menggunakan kemudahan internet di Pusat Internet dan mencapai objektif Pusat Internet jengka 19 yang ditubuhakan untuk meningkatkan kemahiran ICT komuniti.