mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN 2 SUKU TAHUN KETIGA 2019

LATAR BELAKANG CALON

Nama : Siti Aisyah binti Luhari

Tarikh Lahir : 4 Julai 1991

Umur :  28 Tahun

Pekerjaan : Peniaga makanan

Pendidikan : Sekolah Menengah.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti di PI, Puan Aisyah kurang mahir menggunakan kemudahan ICT. Selain itu, untuk kerja-kerja yang perlu dilakukan secara online seperti perbankan internet, mengisi borang online dan lain-lain juga sukar di lakukan dan memerlukan beliau keluar ke bandar berdekatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui penglibatan diri dengan aktiviti-aktiviti di PI banyak membantu beliau dalam menguruskan perniagaan. Beliau adalah antara pengguna yang sering menggunakan kemudahan yang disediakan di PI. Selain daripada itu, beliau juga mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dijalankan di PI. Melalui penglibatan beliau dengan kelas keusahawanan yang dijalankan banyak membantu beliau dalam menjadikan perniagaannya lebih dikenali. Kini, beliau juga menggunakan social media seperti facebook dan whatapps sebagai salah satu medium untuk mempromosikan produk jualannya.